Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Sunday, January 16, 2011

Muslim yakin Harimau Muda A mampu sertai kelompok elit (Berita HArian Online)

Oleh Syed Riduan Ahmad

2011/01/16

MASIH hangat dengan kejayaan menjuarai Piala AFF Suzuki 2010, lima tonggak kebangsaan yang menjadi tunjang pendatang baru Liga Super, Harimau Muda A menaruh harapan tinggi untuk berada dalam kelompok tiga teratas pada penyertaan pertama skuad pelapis negara itu tahun ini.

Pertahanan kental, Mohd Fadhli Shas, Mohd Muslim Ahmad, pemain tengah Mahali Jasuli, K Gurusamy dan penyerang Izzaq Farris Ramlan antara pemain muda negara yang menjadi taruhan Harimau Muda A pada kempen sulung yang bermula 29 Januari ini bertemu Negeri Sembilan.

Kapten pasukan, Mohd Muslim yakin pasukan yang dikendali Ong Kim Swee itu mampu menyertai kelompok teratas kempen Liga Super pertama mereka, walaupun terpaksa berdepan pasukan handalan lain yang dibarisi pemain lebih berpengalaman.
Kami sudah buktikan dalam Piala AFF, walaupun kurang pengalaman, pemain muda juga mampu mencipta kejayaan sekiranya setiap individu memberikan usaha terbaik mereka, kata Muslim. Perkara sama akan cuba kami lakukan dalam kempen Liga Super musim ini.

Sepanjang bulan ini, Harimau Muda A melalui lima siri perlawanan persahabatan dengan dua kemenangan daripada tiga perlawanan yang sudah berlangsung. Pada perlawanan pertama 7 Januari lalu, mereka membelasah Johor 4-0 di padang Wisma FAM, Kelana Jaya.

Pada 13 Januari, Harimau Muda A diuji Pahang yang tampak semakin mantap musim ini, dan skuad kendalian Dollah Salleh itu membuktikan sasaran menamatkan kemarau piala sejak 2006 bukan cakap kosong apabila menundukkan lawan mereka 2-0.

Harimau Muda A bangkit daripada kekalahan itu dengan mengatasi pasukan Liga Perdana, PKNS 1-0 kelmarin, dan baki dua lagi perlawanan persahabatan - menentang Thailand Bawah-23 dan Singapura Bawah-23 akan berlangsung pada 20 dan 24 Januari.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...