Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Tuesday, January 18, 2011

Mosthakeen uji anak didik temu Kelantan (Berita Harian Online)

Oleh Kamudin Baharom
bhsukan@bharian.cm.my
2011/01/18

PEMAIN  Perlis sedia memberi cabaran dalam Liga Malaysia musim 2011..
PEMAIN Perlis sedia memberi cabaran dalam Liga Malaysia musim 2011..

Medan barisan muda, baru Singa Utara ukur kekuatan

PERLIS turun berdepan juara Piala Malaysia Kelantan pada sesi pemanas badan terakhir malam ini sebelum aksi sebenar saingan Liga Super, 29 Januari ini dan ketua jurulatih Mosthakeen Omar mahu barisan muda dan barunya memanfaatkan peluang sebaik mungkin.

Katanya, biarpun perlawanan itu sekadar perlawanan persahabatan, kesempatan menguji skuad kendalian B Sathianthan dianggap medan terbaik bagi barisan muda Singa Utara menimba pengalaman dan mempelajari sesuatu.

“Lawan yang dihadapi kali ini bukan calang-calang, dilabel antara pasukan elit, pilihan dan dipenuhi pemain berpengalaman bertaraf bintang, lebih-lebih lagi selepas bergelar juara bertahan Piala Malaysia.

“Saya berharap pemain bukan saja menunjukkan prestasi dan tahap persembahan memberangsangkan, malah lebih penting mempelajari sesuatu untuk dimanfaatkan apabila diturunkan beraksi dalam saingan sebenarnya 29 Januari ini,” katanya.

Bekas pemain tengah Kedah dan Kebangsaan era 1980-an serta pernah menjadi pembantu kepada Chow Kwai Lam mengendalikan skuad Olimpik 1990-1991 itu berkata, perlawanan itu juga memberi peluang buatnya mengenal pasti kekurangan dan kelemahan untuk ditangani segera.

“Biarpun sebelum ini Perlis mengharungi beberapa sesi latihan dan perlawanan persahabatan tetapi kesebelasan utama belum dapat dipastikan lagi. Jadi ini pentas terbaik bagi semua pemain untuk meyakinkan saya,” katanya.

Selain sesi latihan dan perlawanan persahabatan, Singa Utara juga menjalani sesi latihan dalam gimnasium dan kolam renang dua kali seminggu bagi meningkatkan tahap kecergasan dan kekuatan fizikal pemain selepas melihat tahap kelasakan dan kecergasan yang kurang meyakinkan ketika tewas kepada Tentera 2-0, Disember lalu.

“Apa yang dilakukan ini sedikit demi sedikit membawa perubahan kepada prestasi keseluruhan pasukan apabila menunjukkan peningkatan agak ketara ketika berdepan T-Team, Kedah dan Perak, Sabtu lalu,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...