Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Saturday, January 1, 2011

Manohara sedih kekalahan Indonesia (Utusan Malaysia Online)




JAKARTA - Selain jutaan rakyat Indonesia yang bersedih dengan kegagalan skuad Garuda meraih kejuaraan Piala Suzuki AFF2010, personaliti yang pernah mencetus kontroversi, Manohara Odelia Pinot (gambar) tidak terkecuali.

Kejayaan skuad Indonesia menyumbat dua gol pada perlawanan akhir kedua kelmarin, tetap menghancurkan hasratnya untuk melihat pasukan itu merangkul trofi kejohanan.

Artis yang pernah bergelar isteri kepada Tengku Fakhry Petra kerabat Diraja Kelantan itu menitiskan air mata, kerana perasaannya bercampur baur.

"Selepas pasukan Malaysia menjaringkan gol pertama, hati saya benar-benar luluh. Namun, selepas Indonesia pula memberi saingan dengan menjaringkan dua gol, semua orang terharu. Semua yang ada di sekeliling saya turut menangis," katanya kepada wartawan selepas menonton perlawanan tersebut di Stadium Gelora Bung Karno, di sini.

Apa yang turut dikesalkan oleh artis kontroversi itu ialah kegagalan ketua pasukan Indonesia, Firman Utina menyempurnakan tendangan penalti.

"Dalam pertandingan, ada yang menang dan ada yang kalah. Memang saya kecewa Indonesia gagal meraih kejuaraan, tapi saya berjanji akan terus menyokong pasukan kebanggaan negara kita ini," kata Manohara. - Utusan

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

RSS Sinar Harian: Sukan

Berita Harian: Sukan

Harian Metro: Arena