Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Monday, January 31, 2011

Lebah gagal di tempat sendiri (Harian Metro Online)

SEHARUSNYA kesempatan beraksi di laman sendiri mampu menerbitkan kemenangan buat Johor FC namun apa yang diimpikan tidak menjadi kenyataan sebaliknya sekadar seri 0-0 ketika menentang Felda United di Stadium JCorp, Pasir Gudang, malam kelmarin.

Raut wajah jurulatih Azuan Zain jelas hampa tetapi cuba menyembunyi perasaan duka itu sambil menegaskan aksi pertama adalah ujian buat pemain untuk menyesuaikan diri dalam kancah saingan Liga Super.

Katanya, perjalanan saingan liga elit domestik masih panjang dan terdapat beberapa kelemahan perlu diperbaiki ketika mempamerkan formasi 3-5-2 yang belum serasi di kalangan pemain.

“Walaupun penguasaan milik Johor FC tetapi apa gunanya jika gagal menjaringkan gol. Perkara itu perlu diatasi segera, ” katanya.

Sepatutnya skuad Lebah mencipta jaringan seawal minit pertama menerusi sepakan percuma kapten Rezal Zambery Yahnya yang melencong tepat ke arah gol namun penjaga gol Felda United, Hamsani Ahmad sempat menepis bola.

Apapun Azuan kini berada dalam dilema selepas kehilangan lima tonggak utama termausk kecederaan Mohd Zaidi Jamian dan Khairi Kiman yang terpaksa diusung keluar akibat terjahan keras lawan.

“Nampaknya situasi makin tegang buat saya selepas dua lagi pemain cedera dan saya perlu buat rombakan lagi seandainya kedua-dua pemain itu tidak beraksi,” kata Azuan.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...