Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Monday, January 31, 2011

Kim Swee kecewa (Harian Metro Online)

SAINGAN Liga Super baru bermula namun jurulatih Harimau Muda A, Ong Kim Swee kecewa dengan kesilapan sama diulangi anak buahnya yang membawa padah ketika tewas tipis 0-1 di tangan Negeri Sembilan, kelmarin.

Katanya, beliau hampa dengan aksi anak buahnya yang gagal memberi fokus sehingga tamat permainan hingga lawan berjaya mencuri kemenangan.

“Keseluruhan, skuad ini beraksi dengan baik tapi mereka mengulangi kesilapan sama seperti ketika mengharungi perlawanan di Slovakia sebelum ini apabila tewas di minit-minit terakhir.

“Setiap pemain perlu kawal emosi dan memberi tumpuan sepanjang perlawanan, jika tidak lawan pasti mendapat peluang,” kata Kim Swee.

Dalam aksi yang berlangsung di Stadium Abdul Rahman Paroi, gawang Harimau Muda A dibolosi pada minit ke-87 menerusi jaringan pemain gantian tuan rumah Mohd Shaffik Abd Rahman yang menyempurnakan sepakan bebas Mohd Shukor Adan.

Biarpun saingan masih awal, Kim Swee mengingatkan anak buahnya supaya bangkit dan tidak mengulangi kesilapan sama bagi mengelakkan disisihkan daripada skuad.

“Kami boleh melakar kemenangan jika tiga peluang terbaik berjaya disempurnakan penyerang Syahrul Azwari (Ibrahim) dan Wan Zack Haikal ketika hanya berdepan situasi satu lawan satu dengan penjaga gol.

“Pemain memerlukan beberapa perlawanan lagi untuk bertambah matang kerana ini penampilan pertama dalam Liga Super tapi saya tak ambil mudah kekalahan ini. Saya tidak mahu kesilapan sama berulang dan tidak teragak-agak untuk beri tempat kepada pemain lain,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...