Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Wednesday, January 12, 2011

'Kami tidak pernah pinggir Amar' (Harian Metro Online)

“Kami tidak meminggirkan dia. Kami akan memberikan ganjaran setimpal dalam tempoh terdekat ini atas jasanya mengharumkan nama negara dan Perlis,” kata Menteri Besar, Datuk Seri Dr Md Isa Sabu, semalam.

Beliau berkata, kerajaan negeri membuat keputusan menjadikan penyerang tengah skuad Harimau Malaya, Amar Rohidan, 23, sebagai ‘ikon Perlis’ bagi memberi dorongan kepada golongan belia mengikuti jejak langkahnya.

Katanya, kelewatan pengumuman ganjaran itu kerana kerajaan negeri sedang merangka majlis khas atlit Perlis yang berjaya mengharumkan nama negeri dan negara, termasuk pemain hoki kebangsaan, Tengku Ahmad Tajuddin.

“Kami sedang mengumpulkan semua atlit Perlis, termasuk Amar pada satu majlis sebelum memberi ganjaran setimpal buat mereka,” katanya.pada majlis makan tengahari bersama media di Hotel Brasmana, Kuala Perlis,.

Beliau bagaimanapun tidak menyatakan bentuk habuan akan diberikan kepada Amar, anak jati Perlis yang menunjukkan prestasi cemerlang hingga skuad kebangsaan buat pertama kali menjuarai Kejohanan AFF Suzuki 2010 di Jakarta, pada 29 November lalu.

“Saya tidak boleh umum sekarang...biar ada kejutan sikit pada majlis khas itu nanti,” katanya.

Semalam, akhbar ini melaporkan Amar tidak berkecil hati selepas mendapati sebahagian besar rakan dalam pasukan Harimau Malaya memperoleh ganjaran besar, termasuk rumah, lot tanah dan wang tunai yang disumbangkan kerajaan negeri masing-masing.

Beliau turut terkilan apabila mendapati tiada penghargaan diberikan kerajaan negeri, seolah-olah sumbangannya mengharumkan nama negara dan Perlis tidak mendapat pengiktirafan pihak terbabit.

Bagaimanapun, kedukaan Amar sedikit terubat apabila memperoleh sumbangan RM5,000 daripada Yayasan Pok Kassim (YPK) yang disampaikan Presiden Persatuan Bola Sepak Perlis (PFA) Datuk Seri Shahidan Kassim, baru-baru ini.

Amar dijangka melangsungkan perkahwinan Mac nanti, pernah beraksi bersama skuad Singa Utara tapi kini menyarung jersi Kedah bagi menghadapi Liga Super musim ini.

Md Isa berharap Amar terus memberi sumbangan untuk mengharumkan nama Perlis dan kerajaan negeri bersedia memantau perkembangannya dari semasa ke semasa

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...