Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Friday, January 21, 2011

Gunners ada potensi (Harian Metro Online)

LONDON: Samir Nasri yakin Arsenal berpeluang cerah menggondol kesemua trofi dipertandingkan tahun ini selepas Nasri, Bacary Sagna dan Robin van Persie mencatatkan nama sebagai penjaring menewaskan Leeds 3-1, semalam.

“Kami mahu menang setiap perlawanan dan Piala FA amat penting untuk kami. Kami perlu memulakan perlawanan dengan baik dan tidak memberi ruang kepada lawan atau berasa yakin.

“Padang itu sukar tapi kami masih mempamerkan corak permainan sebenar.” Ketua pasukan, Cesc Fabregas berkata: “Seperti yang dikatakan Samir, kami mahu mencatatkan kemenangan pada setiap perlawanan. “Leeds beraksi dengan s baik di Emirates. Namun, malam ini kami lebih hebat.

“Mereka menjadi sangat berbahaya selepas menjaringkan gol tapi Arsenal bangkit mempamerkan permainan yang menakjubkan.” Arsenal akan menentang Huddersfield di tempat sendiri pada pusingan keempat, Ahad ini.

Mereka kini berada di kedudukan ketiga Liga Perdana Inggeris dan beraksi dalam perlawanan timbal balik bertemu Ipswich, Selasa ini dalam aksi separuh akhir Piala Carling selepas tewas 0-1 pada pertemuan pertama.

Pengurus pasukan, Arsene Wenger mengakui barisan Arsenal kembali sedar dari kealpaan apabila terikat 1-1 ketika menentang Leeds 11 hari lalu.

“Kami menerima amaran awal ketika perlawanan pertama dan mengambil pengajaran daripadanya dan kejadiannya itu menjadikan pemain saya lebih cergas.

“Kami sekali lagi mempamerkan kegarangan untuk menang.” Nasri menjaringkan gol selepas lima minit beraksi dan Sagna menjadikan kedudukan 2-0. Bradley Johnson menghidupkan peluang Leeds apabila percubaannya dari jarak 30 kaki menggegar gawang Arsenal namun tandukan Van Persie pada minit ke-76 pemusnah harapan Leeds.

Bos Elland Road, Simon Grayson berkata: “Jika tersingkir biarlah tewas kepada pasukan terbaik Eropah jika tidak terbaik dunia. “Jaringan itu mengejutkan kami dan kami terus melawan.

“Ketika kedudukan 2-1 kami memiliki beberapa peluang namun gagal menyempurnakannya.” - Agensi

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...