Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Sunday, January 9, 2011

Dia mangsa keadaan - Ferguson (Kosmo Online)

Sir Alex Ferguson

LONDON - Pengurus Manchester United, Alex Ferguson menyelar budaya negatif berkaitan hal-hal pemeca- tan pengurus dalam saingan Liga Perdana England.

Kenyataan Ferguson itu hadir sele- pas Liverpool memecat pengurusnya, Roy Hodgson menjelang aksi pusingan ketiga Piala FA di Old Trafford malam ini.

Namun, Ferguson percaya rakan sejawatnya itu menjadi mangsa keadaan disebabkan era pengurusan yang berbeza.

"Tidak perlu kita mempersoalkan rekod pencapaian Hodgson selaku pengurus.

"Pengalamannya dan prestasinya tidak kiralah di mana beliau berada sekalipun, adalah menakjubkan.

"Ketika ini kita berdepan dengan era yang mana pengurus bakal dipecat dan juga diugut untuk dipecat. Ternyata ia merupakan situasi yang sukar.

"Ia merupakan situasi yang sukar. Saya juga merasai apa yang dirasakan oleh semua pengurus yang berdepan situasi sedemikian," jelas Ferguson.

Mengulas mengenai pertemuan dengan Liverpool, Ferguson menegaskan, anak-anak buahnya tidak akan se- sekali mengambil mudah perlawanan tersebut biarpun The Reds kini bergelut dengan pelbagai masalah dan prestasi tidak menentu.

"Saya tidak akan mengambil mudah perlawanan tersebut kerana ia meli- batkan sebuah trofi kejuaraan.

"Pasti akan ada kejutan. Hanya kami (United dan Liverpool) dalam kelab Liga Perdana England yang berdepan antara satu sama lain," katanya.

- Agensi

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...