Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Friday, January 7, 2011

Amar Rohidan Terima Ganjaran RM5,000 Daripada PFA (BERNAMA)

KANGAR, 7 Jan (Bernama) -- Pemain bola sepak Perlis, Amar Rohidan, yang membantu pasukan negara menjulang Piala Suzuki AFF pada bulan lepas, hari ini menerima ganjaran wang tunai RM5,000 daripada Persatuan Bola Sepak Perlis (PFA).

Ganjaran disampaikan Presiden PFA Datuk Seri Shahidan Kassim di sini Jumaat sebagai penghargaan kepada jasa anak jati Perlis itu.

Ketika berucap, Shahidan berbangga dengan pencapaian Amar dan menurutnya prestasi pemain itu turut diiringi dengan disiplin ketat.

"Selain disiplin, seseorang itu perlu konsisten dalam setiap perkara yang dilakukan untuk mencapai kejayaan lebih tinggi dan bertaraf dunia," katanya.

Sementara itu, Shahidan yang juga Pengerusi Yayasan Pok dan Kassim (YPK) berkata, yayasan itu akan menghantar bantuan barangan keperluan kepada mangsa-mangsa banjir di Kelantan bagi meringankan beban mereka.

-- BERNAMA

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

RSS Sinar Harian: Sukan

Berita Harian: Sukan

Harian Metro: Arena