Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Friday, December 10, 2010

Tok Gajah intai piala Liga M (Harian Metro Online)

GENGGAMAN satu piala menjadi sasaran skuad kendalian Dollah Salleh biarpun menyedari semua pasukan beraksi di Liga Malaysia musim depan, turut memiliki keinginan yang sama.

Namun, pengurus Pahang, Datuk Che Nasir Salleh mengaku pemain perlu benar-benar mantap bukan hanya fizikal dan mental tetapi keupayaan mengasak dan mengekang lawan.

Justeru, menurutnya, semua pemain sudah memulakan sesi latihan minggu lalu demi memberi impak dalam saingan Liga Super.

“Segalanya berjalan lancar dan Dollah mengendalikan sesi latihan untuk membentuk pasukan mantap.

“Saya puas hati komitmen pemain dan kehadiran lima muka baru dalam skuad Pahang juga bakal menyaksikan perubahan pembentukan pasukan yang lebih bagus,” katanya.

Bagi mengharungi musim 2011, skuad Pahang menyenaraikan lima pemain baru, dua bekas pemain Selangor, R Surendren dan Zaiza Zainal Abidin, Nazrolerwan Makmor dan Munir Amran dari Felda United serta Mohd Faizol Hussain (Johor).

Kemasukan lima pemain itu menyaksikan tiga pemain musim ini, Yosri Derma Raju berhijrah ke Selangor manakala Nik Zul Aziz Nawawi dan Hasmizan Kamoridin (Terengganu).

Bagi memantapkan pasukan, Che Nasir berkata, Pahang mengadakan beberapa perlawanan persahabatan untuk menilai prestasi pemain.

“Diharap gabungan pemain lama dan baru menghadiahkan sebuah piala untuk diraikan bersama penyokong,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

RSS Sinar Harian: Sukan

Berita Harian: Sukan

Harian Metro: Arena