Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Tuesday, December 28, 2010

Stadium Gelora Bung Karno tetap jadi venue - AFF (Utusan Malaysia Online)

27/12/2010 9:40pm

JAKARTA 27 Dis. — Perlawanan akhir kedua Piala Suzuki AFF antara Malaysia dan Indonesia Rabu ini tetap berlangsung di Stadium Gelora Bung Karno di sini, selepas Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) memberi ”lampu hijau” hari ini.

Keputusan itu dinyatakan Naib Presiden AFF, Rafi Khyk selepas melakukan pemeriksaan ke atas stadium tersebut yang mengalami kerosakan pada rumput dan kemudahan lain, angkara sekumpulan penyokong Indonesia yang merusuh petang semalam kerana tidak mendapat tiket ke perlawanan berkenaan.

"Padang ini layak digunakan untuk pertandingan 29 Disember nanti, tetapi dalam dua hari ini masih tidak boleh digunakan untuk latihan,” kata Khyk.

AFF juga memutuskan semua kemudahan termasuk pagar pemisah penonton dan ruang untuk warga media boleh digunakan.

Sementara itu, Setiausaha Agung Persatuan Sepakbola Seluruh Indonesia (PSSI), Nugraha Besoes berkata, usaha pemulihan stadium tersebut akan terus dijalankan dalam masa dua hari ini, terutamanya pada rumput yang kini ditanam semula.

Berikutan kejadian rusuhan itu, AFF mengancam untuk memindahkan perlawanan tersebut ke tempat neutral jika keadaan stadium tidak lagi sesuai.

Pada perlawanan akhir pertama di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur malam tadi, Malaysia menewaskan Indonesia 3-0. - Bernama

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

RSS Sinar Harian: Sukan

Berita Harian: Sukan

Harian Metro: Arena