Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Thursday, December 30, 2010

Safee ucap terima kasih kepada rakan sepasukan (Berita Harian Online)

2010/12/30

 SAFEE bersama trofi penjaring terbanyak kejohanan yang diterimanya. malam tadi.
SAFEE bersama trofi penjaring terbanyak kejohanan yang diterimanya. malam tadi.

'Saya bersyukur dinobat pemenang Anugerah Kasut Emas'

PEMENANG Anugerah Kasut Emas, Mohd Safee Sali bersyukur dapat menjulang piala kejohanan buat kali pertama dalam tempoh 14 tahun sejak diperkenalkan.

“Terima kasih kepada rakan sepasukan yang mencipta peluang kepada saya,” kata Safee. “Pada awal kejohanan saya tidak yakin dapat menjulang piala ini, tetapi selepas beberapa perlawanan, keyakinan saya memuncak untuk muncul juara.”

Pada sidang akhbar selepas perlawanan malam tadi, Safee sekali lagi menyatakan kesediaannya menyertai kelab luar termasuk dari Indonesia sekiranya diberi tawaran.

“Sebagai seorang pemain profesional, saya akan menyahut cabaran bermain di luar Malaysia jika ada tawaran. Tetapi buat masa sekarang masih belum ada apa-apa tawaran,” katanya.

Safee berjaya meledakkan lima gol dalam kejohanan, termasuk satu malam tadi untuk muncul penjaring terbanyak Piala Suzuki AFF kali in.

Dalam perlawanan final kedua, malam tadi, Safee yang mendapat umpanan cantik daripada pemain sayap, Mohd Ashari Samsudin pada babak kedua permainan menyambut dan merembat deras menggunakan kaki kiri. Tetapi usahanya gagal membantu Malaysia menang selepas lawan membalas dua gol Mohd Nasuha dan Muhammad Ridwan.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...