Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Thursday, December 16, 2010

Rajagobal puas aksi pemain (Utusan Malaysia Online)


SEBAHAGIAN daripada 50,000 penyokong Malaysia yang membanjiri Stadium Nasional, Bukit Jalil untuk menyemarakkan semangat pasukan negara ketika menentang Vietnam, semalam.


KUALA LUMPUR – Kemenangan 2-0 ke atas Vietnam pada separuh akhir pertama memberi keceriaan buat jurulatih kebangsaan, K. Rajagobal, terutama melihat pemainnya memberi komitmen tinggi dan bekerja keras sepanjang perlawanan.

Menurutnya, biarpun rata-rata pemain masih lagi muda tetapi mereka sentiasa fokus pada setiap perlawanan dan mempunyai fikiran optimistik.

“Saya mengakui Vietnam pasukan yang bagus dalam penguasaan bola tetapi pemain saya, terutama pertahanan harus diberi pujian,” katanya pada sidang akhbar di Stadium Nasional Bukit Jalil semalam.

Jelasnya, pemain sentiasa menurut segala arahan yang diberi iaitu bermain secara agresif, semuanya belum selesai kerana perlawanan separuh akhir kedua menanti mereka di Vietnam Sabtu ini, tambahan pula pasukan itu hebat di tempat lawan.

Sementara itu, Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah berpuas hati dengan semangat yang ditampilkan Malaysia dan keputusan tersebut amat ditagih bagi membawa bekalan ke Vietnam nanti.

“Saya berpuas hati dengan dua gol walaupun kita berpeluang untuk menjadikan keputusan perlawanan ini 3-0. Harap mereka dapat menjaringkan gol awal di sana (Vietnam) kerana pasukan lawan pasti akan bermain bermati-matian,” katanya.

Bagi jurulatih Vietnam, Henrique Calisto, perlawanan semalam berlangsung menarik dan Malaysia mendominasi perlawanan pada separuh masa kedua dengan baik.

“Kami bermain dengan baik tetapi kesilapan yang mudah membolehkan lawan berjaya menjaringkan dua gol, kami tidak mampu menguasai di bahagian tengah, bagaimanapun perjuangan masih belum berakhir.

“Ia seperti kami baru sahaja tewas perlawanan separuh masa pertama, masih ada baki perlawanan separuh masa kedua, kami masih boleh mara ke saingan akhir tetapi ia bukannya mudah selepas ketinggalan 2-0,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

RSS Sinar Harian: Sukan

Berita Harian: Sukan

Harian Metro: Arena