Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Friday, December 17, 2010

PFA umum 23 pemain Harian Metro Online)

PERSATUAN Bola Sepak Perlis (PFA) mengumumkan senarai 23 pemain yang bakal mewakili negeri itu pada kempen Liga Malaysia 2011, semalam.

Setiausaha Eksekutif PFA, Ku Besry Ku Aziz berkata, antara 23 pemain itu termasuk tujuh bekas pemain skuad Liga Super Perlis musim ini, Kedah (lapan) termasuk empat anggota skuad Liga Super, Piala Presiden negeri (lima) dan masing-masing seorang Perak, Selangor PKNS dan Proton FC.

“Turut tersenarai ialah pemain skuad Piala Presiden, Muhamad Alif Aswat Baharin (pertahanan), Hizbullah Awang (tengah), Muhamad Ezat Emir Harizam (pertahanan) dan Wan Mohamad Syukri Wan Ahmad (penyerang),” katanya.

Sementara itu, beliau berkata, biarpun dibarisi tenaga muda yang kurang berpengalaman, PFA yakin skuad itu mampu memberi cabaran bermakna.

“Kami harap pemain berpengalaman mampu membimbing dan menyuntik semangat rakan pasukan mencipta kejayaan,” katanya Keupayaan skuad muda itu akan diuji pada perlawanan persahabatan menentang skuad Liga Perdana, Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Ahad ini dan Sarawak, 21 Disember (Selasa) di Stadium Utama Negeri Kangar

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...