Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Friday, December 10, 2010

Perlis bakal tampil dengan wajah berbeza (Berita Harian Online)

Oleh Kamudin Baharom
bhsukan@bharian.com.my
2010/12/10

SINGA Utara bakal tampil mencabar dengan wajah berbeza pada kempen Liga Malaysia edisi 2011 kerana bakal dimantapkan dengan kehadiran tujuh pemain baru termasuk enam yang pernah beraksi dalam Liga Super dan Liga Perdana musim lalu.

Muka baru berkenaan adalah pemain tempatan yang beraksi sebagai penjaga gawang sebuah kelab Liga Singapura dan Pelita Jaya di Indonesia iaitu Reza Iqremal Redzawan.
Enam bekas anggota skuad Liga Super dan Liga Perdana pula terdiri daripada bekas penyerang Kedah, Samramsak Kram dan Fazli Baharom serta dua lagi rakan skuad Kenari iaitu Farizal Rozali dan Rozaidi Rahim.

Dua pemain lain adalah bekas pemain Perak, Mohamad Hafizuan dan pemain tengah skuad Liga Perdana PKNS, Syed Mohd Abu Bakar.

Biarpun belum menandatangani kontrak menyarung jersi Perlis, semua tujuh pemain berkenaan adalah antara 23 pemain yang dijangka bakal menurunkan tandatangan mereka untuk skuad Liga Super Perlis 2011 kerana mereka dilihat sudah menjalani latihan dan menghadiri kem motivasi pasukan juara dua kali Piala Malaysia itu sejak hampir sebulan lalu.

Malah pemain berkenaan turut diturunkan pemangku jurulatih, Mustakeem Omar dalam beberapa perlawanan persahabatan menentang pilihan Langkawi dan Pulau Pinang, kelmarin.

Enam pemain musim ini iaitu penjaga gawang Mohd Hairol Fazreen Abu Hassan dan Mohd Amirul Rosli, pertahanan Azmizi Azmi dan Phul Sakh Lum serta penyerang, Mohd Faiz Subri dan Wan Khairul Faiz Wan Kamaruddin dijangka dikekalkan manakala selebihnya adalah pemain skuad Piala Presiden dan beberapa muka baru dari luar Perlis yang terpilih pada sesi pemilihan terbuka di Padang 2 Kompleks Sukan Negeri, 7 hingga 10 November lalu.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...