Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Friday, December 31, 2010

Nada Riedl masih sombong walau Garuda tumbang (Utusan Malaysia Online)

JAKARTA - Walaupun sudah terlepas gelaran juara Piala Suzuki AFF, nada jurulatih Indonesia, Alfred Riedl seolah-olah enggan menerima kekalahan dengan menganggap skuad yang lebih baik sebenarnya tewas di perlawanan akhir.

Sambil mengucapkan tahniah ke atas kejayaan Malaysia muncul sebagai juara baru, jurulatih berbangsa Austria itu berkata skuad Indonesia sebenarnya membayar harga yang mahal selepas melepaskan tiga gol dalam masa 15 minit ketika bertandang ke Stadium Nasional Bukit Jalil.

''Tahniah buat Malaysia kerana muncul juara tetapi pasukan yang lebih baik sebenarnya tewas pada hari ini.

''Kita bermain begitu luar biasa pada malam ini biarpun menyedari ketinggalan tiga gol namun pada separuh masa pertama, banyak peluang keemasan kita terlepas walaupun menguasai permainan terutamanya pada 15 minit perlawanan.

''Malah selepas Malaysia mendahului gol pertama, semangat pemain saya tidak luntur dan cuba bangkit, saya harus ucapkan tahniah kepada mereka," katanya pada sidang media.

Dia juga enggan bercakap mengenai sepakan penalti yang gagal disempurnakan oleh Firman Utina kerana baginya insiden itu tidak memberikan kesan buat pasukannya.

''Saya tidak mahu mengulas soal itu, perkara-perkara sebegini biarkan sahaja berlalu dan saya enggan berkata apa-apa sama ada ia boleh membantu kita menang menjaringkan lebih banyak gol atau tidak," ujarnya.

Sementara itu, penyerang Indonesia, Bambang Pamungkas mengucapkan tahniah kepada Malaysia yang disifatkannya beraksi dengan penuh bersemangat.

''Saya ucapkan tahniah buat pasukan Malaysia dan rakan-rakan saya, kerana telah berjaya menjuarai pertandingan AFF kali ini.

''Buat kami, skuad ini telah bermain dengan sebaik mungkin pada perlawanan akhir kedua tetapi itulah bola sepak, kita tidak sedikit beruntung kerana gagal menterjemahkan peluang ke bentuk gol.

''Kami menang di sini namun kejuaraan tetap milik Malaysia, tahniah buat mereka," katanya. - Utusan

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

RSS Sinar Harian: Sukan

Berita Harian: Sukan

Harian Metro: Arena