Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Sunday, December 12, 2010

Kijang tagih khidmat Wan Rohaimi (Harian Metro Online)

KEPERCAYAAN diberikan Persatuan Bola Sepak Negeri Kelantan (Kafa) memberi inspirasi buat bekas pemain kebangsaan, Wan Rohaimi Ismail Wan Ismail untuk membantu skuad itu mencipta kejayaan lebih besar pada saingan Liga Malaysia musim depan.

Wan Rohaimi berkata, kejayaan muncul juara Piala Malaysia musim ini diharap meletakkan Kelantan pada prestasi lebih baik, sekali gus mengulanginya dan menambah koleksi kejuaraan.

Menurutnya, ketiadaan beberapa pemain diharap tidak menjejaskan rentak cemerlang Kelantan kerana pemain baru termasuk dirinya berazam mempamerkan persembahan terpuji.

“Saya berterima kasih kepada Kafa kerana menaruh kepercayaan untuk mengukuhkan jentera pertahanan Kelantan musim depan. Kepercayaan itu juga memberi lebih keyakinan mencipta kegemilangan bagi musim 2011.

“Tiada yang lebih bermakna selain memberi kerjasama sebaik mungkin kepada pasukan terutama sokongan daripada rakan seperjuangan,” katanya.

Musim ini, pemain kelahiran Kota Bharu, Kelantan itu menyarung jersi Johor FC yang diwakili empat musim dari 2007-2010.

Pemain berusia 34 tahun itu pernah mewakili Kelantan pada 1996-1998, diikuti Pahang (1999-2000), Terengganu (2001-2002), Pulau Pinang (2003), Public Bank (2004-2005) dan Selangor 2006).

Pencapaian terbaik Wan Rohaimi ialah membantu Pahang muncul juara Liga Perdana pada 1999, juara Piala Malaysia bersama Terengganu (2001) manakala naib juara Liga Super pada 2004 bersama Public Bank.

Mengulas pengalaman bersama jurulatih, B Satianathan, Wan Rohaimi pernah bersama ketika jurulatih itu bertindak sebagai penolong jurulatih skuad kebangsaan pada 2004.

“Saya percaya beliau mampu mengulanginya. Saya serta rakan lain akan mempamerkan aksi terbaik untuk mencipta kejayaan lebih besar,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

RSS Sinar Harian: Sukan

Berita Harian: Sukan

Harian Metro: Arena