Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Saturday, December 11, 2010

Kerajaan negeri janji sediakan ganjaran menarik (Berita Harian Online)

Oleh Khairul Anuar Abdul Samad
bhsukan@bharian.com.my
2010/12/11

KEGEMILANGAN sukan bola sepak Kelantan musim ini akan lebih terserlah sekiranya berjaya menjuarai Piala Emas Raja-Raja buat kali ke-13 malam ini, sekali gus menjadi pasukan bola sepak unggul di negara ini yang menjuarai dua piala selepas Piala Malaysia.

Sekiranya tercipta sejarah menjuarai Piala Emas Raja-Raja malam ini, satu ganjaran menarik sudah dijanjikan kerajaan negeri sebagaimana yang diberikan kepada pasukan The Red Warriors yang membawa Piala Malaysia ke Kelantan, baru-baru ini.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Belia, Sukan dan NGO negeri, Abdul Fatah Mahmood berkata, kerajaan negeri akan mempertimbangkan satu ganjaran menarik sebagai pengiktirafan kepada pasukan itu sekiranya dapat menewaskan Kedah di Stadium Sultan Muhammad IV di Kota Bharu, malam ini.

"Bagi Piala Malaysia baru-baru ini, kerajaan negeri memberi ganjaran sebanyak RM200,000 selain melupuskan hutang cukai hiburan yang ditanggung Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) berjumlah hampir RM400,000 tahun ini.

“Untuk Piala Emas Raja-Raja ini, sekiranya Kelantan menjuarainya, kerajaan negeri tetap memberi ganjaran sebagai menghargai pengorbanan yang dilakukan dalam menjulang sukan bola sepak Kelantan.

“Begitupun, jumlah ganjaran masih belum diputuskan kerana ia belum dibawa berbincang pada majlis mesyuarat Exco kerajaan negeri lagi,” katanya ketika dihubungi, semalam.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...