Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Sunday, December 12, 2010

Kelantan juara Piala Emas Raja-Raja (Berita Harian Online)

Oleh Norliza Wasilan
bhsukan@bharian.com.ny
2010/12/12

  PEMAIN Kelantan meraikan kemenangan menjulang Piala Emas Raja-Raja selepas   menewaskan   Kedah 4-3 dalam penalti penentuan, malam tadi.
PEMAIN Kelantan meraikan kemenangan menjulang Piala Emas Raja-Raja selepas menewaskan Kedah 4-3 dalam penalti penentuan, malam tadi.

Shahrizan muncul wira selamat dua sepakan penalti

KELANTAN muncul juara buat kali ke-13 kejohanan Piala Emas Raja-Raja edisi ke-70 malam tadi apabila menundukkan Kedah 4-3 pada penentuan penalti di Stadium Sultan Muhammed IV selepas kedua-dua pasukan buntu tanpa jaringan sepanjang 120 minit permainan.
Penjaga gol Kelantan, Mohd Shahrizan Ismail muncul wira selepas menyelamatkan dua sepakan penalti pelawat dengan Khairan Ezuan Razali mengesahkan kemenangan apabila menyempurnakan sepakan kelima tuan rumah.

Pada babak pertama, Kelantan terlebih dulu mengasak kubu lawan menerusi percubaan minit ketujuh Mohamad Ramzul Zahini Adenan tetapi gagal disudahkan dengan baik di depan kira-kira 10,000 penonton.

Rentak permainan kedua-dua pasukan juga terbantut akibat permukaan padang yang becak hingga menyebabkan permainan kurang menarik tetapi tuan rumah meningkatkan asakan sebaik perlawanan bersambung di babak kedua.

Begitupun beberapa peluang di depan pintu gol Kedah gagal disudahkan barisan depan pasukan kendalian Zahasmi Ismail itu sebelum permainan bertukar tegang dengan dua pemain pelawat, Wan Mohd Asraf Wan Ali dan Muammar Nur Halim Rahim dilayangkan kad kuning.

Kedudukan kekal 0-0 sehingga wisel penamat dibunyikan yang memaksa perlawanan dilanjutkan ke masa tambahan. Dua babak tambahan juga berakhir tanpa jaringan untuk mengheret perlawanan ke penentuan penalti

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...