Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Sunday, December 26, 2010

'Kebangkitan bola sepak ASEAN' - (kosmo)


FINAL pertama Piala AFF Suzuki 2010 antara Malaysia dan Indonesia di Stadium Nasional Bukit Jalil malam ini diharap menjadi permulaan kepada usaha kedua negara membangunkan sukan bola sepak di Asia Tenggara.

Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, perlawanan itu bukan sekadar untuk mencari kemenangan tetapi apa yang lebih penting ialah mempersembahkan permainan berkualiti kepada penonton kedua-dua negara.

"Kalah dan menang adalah adat bagi sesebuah pertandingan tetapi apa yang perlu lebih diutamakan ialah merapatkan jalinan kerjasama antara kedua negara menerusi medium sukan.

"Kerajaan Malaysia menyambut kedatangan pasukan kebangsaan dan kunjungan lebih 15,000 penyokong dari Indonesia sebagai tetamu kepada negara," katanya kepada pemberita ketika menyambut ketibaan Menteri Pemuda dan Olahraga Indonesia, Dr. Andi Mallarangeng serta orang kenamaan negara itu di Sepang semalam.

Ahmad Shabery berkata, itu juga melakar sejarah tersendiri kerana sudah lama Malaysia tidak bertemu Indonesia di peringkat antarabangsa.

"Saya harap selepas ini, hubungan dalam bidang sukan antara kedua negara dapat dimajukan, khususnya dalam usaha untuk membangunkan sukan bola sepak di peringkat Asia Tenggara," katanya.

Sementara itu, Andi berkata, dia berterima kasih serta berasa bertuah kerana mendapat layanan istimewa daripada kerajaan Malaysia.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...