Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Tuesday, December 14, 2010

Kafa mahu tuntut ganti rugi (Harian Metro Online)

ISU tiga tonggak Kelantan meninggalkan skuad juara Piala Malaysia untuk bersama pasukan lain pada saingan Liga Malaysia 2011 belum menemui jalan penyelesaian apabila Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) menimbang menuntut ganti rugi.

Presidennya, Tan Sri Annuar Musa berkata, pihaknya terpaksa menimbang tindakan tuntutan ganti rugi itu kerana pelanggaran kontrak dan meminta peguam menelitinya.

“Kesan kepada pasukan besar kerana boleh menyebabkan perancangan dan rancangan perniagaan The Red Warriors terjejas selain turut memberi kesan kepada penaja,” katanya.

Menurut beliau lagi, kerugian disebabkan perkara itu tidak dapat dinilai dan amat buruk kerana tiga individu itu adalah pemain kesebelasan utama.

“Kelantan juga mungkin terpaksa mendaftar 22 atau 23 pemain daripada 25 pemain dibenarkan menjelang tarikh akhir pendaftaran Rabu ini.

“Inilah akibat tindakan mereka meninggalkan pasukan tanpa notis rasmi dan saat akhir sekali gus sukar mencari pe

Trio terbabit yang diketuai kapten The Red Warriors musim lalu, Indra Putra Mahayudin, Norfarhan Mohamad dan Azizi Mat Rose dilapor bakal menyarung jersi pasukan berstatus kelab, T-Team dibimbing jurulatih, Yunus Alif pada saingan musim depan.
Pengerusi Jawatankuasa Status Pemain Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Takiyuddin Hassan sebelum ini berkata, pemain yang didapati melanggar kontrak tidak dibenarkan bermain untuk mana-mana pasukan dalam tempoh satu musim

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...