Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Tuesday, December 28, 2010

‘Juara bakal milik kita’ (Harian Metro Online)

Oleh Mohd Amin Jalil
am@hmetro.com.my

JURULATIH Negeri Sembilan, Wan Jamak Wan Hassan yakin skuad kebangsaan mampu menjulang kejuaraan Piala Suzuki AFF buat kali pertama selepas menang bergaya 3-0 ke atas Indonesia, kelmarin.

Menurutnya, walaupun bakal membuat perhitungan terakhir di gelanggang lawan pada final kedua, malam esok, namun bekalan selesa diperoleh di halaman sendiri, pasti membuatkan keyakinan pemain lebih tinggi dan bersemangat untuk terus mengganyang skuad Indonesia.

“Berikutan kemenangan bergaya menewaskan Indonesia malam tadi (kelmarin), saya menjangkakan kini tiga suku daripada trofi kejuaraan itu sudah berada dalam genggaman skuad kebangsaan dan hanya tinggal suku untuk mengesahkan kejuaraan pertama buat Malaysia.

“Walaupun skuad kebangsaan pernah ditewaskan Indonesia, 5-1 dalam perlawanan peringkat kumpulan, namun situasi perlawanan sudah berbeza apabila pemain negara sudah membuktikan kemampuan mereka untuk melenyapkan cabaran pasukan lawan.

“Saya yakin pemain kebangsaan boleh mengulangi pencapaian cemerlang yang dicapai malam tadi walaupun bakal berhadapan puluhan ribu penyokong Indonesia di Stadium Bung Karno Jakarta nanti,” katanya di Seremban, semalam.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...