Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Saturday, December 11, 2010

FAM gesa penyokong banjiri Stadium Nasional (Utusan Malaysia Online)

KUALA LUMPUR - Para penyokong diseru supaya hadir memenuhi Stadium Nasional Bukit Jalil untuk memberi sokongan kepada pasukan Malaysia pada perlawanan separuh akhir pertama Piala Suzuki AFF 2010 menentang Vietnam Rabu ini.

Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd. Amin berkata, tanpa mengira apa juga keputusan perlawanan, rakyat Malaysia harus hadir ke stadium untuk memberikan semangat kepada pemain yang amat memerlukan sokongan padu apabila beraksi di tempat sendiri.

Menurutnya, sokongan para peminat bola sepak tempatan amat ditagih, dalam usaha membantu Malaysia ke perlawanan akhir buat kali pertama semenjak tahun 1996.

''Inilah masanya buat peminat untuk memberi sokongan padu kepada skuad bola sepak negara. Mungkin ada di kalangan mereka yang sebelum ini lantang mengkritik mutu persembahan skuad negara.

''Namun, lupakan semua itu buat seketika, kerana apa yang lebih penting mereka harus di sisi skuad kebangsaan yang akan berdepan Vietnam nanti,'' katanya yang ditemui di Menara Emkay, Petaling Jaya, semalam.

Mengenai peluang skuad negara, Hamidin berkata, tidak mustahil buat anak-anak buah K. Rajagobal untuk mencatat kemenangan ke atas Vietnam.

''Sebenarnya pasukan kita boleh pergi jauh. Ketika tewas kepada Indonesia pada perlawanan pertama, kita banyak kali tidak bernasib baik, sedangkan kekuatan kita dengan mereka tidaklah sejauh mana.

''Saya doakan pasukan Malaysia mampu melakukan yang terbaik ke atas Vietnam dan melangkah ke perlawanan akhir selepas 14 tahun menanti,'' katanya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...