Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Friday, December 10, 2010

Drogba masih mencari rentak (Kosmo Online)

LONDON – Didier Drogba mengakui bahawa dia perlu menemui segera prestasi terbaiknya bagi memastikan Chelsea tidak terus tergelin- cir dalam pemburuan kejuaraan musim ini.

Selepas menang lima aksi pertama Liga Perdana England musim ini, Chelsea mengalami kejatuhan prestasi.

Ia berpunca daripada ketiadaan John Terry dan Frank Lampard yang cedera manakala Drogba pula disyaki menghidapi malaria.

Menurut Drogba, dia kini berasa gembira dengan proses pemulihannya tetapi mengakui bahawa untuk mengembalikan prestasi terbaik, ia tidak boleh dilakukan hanya dalam masa satu malam.

“Kami perlu melakukan yang lebih baik daripada apa yang dilakukan ketika ini. Saya telah jatuh sakit selama beberapa minggu, hampir sebulan jugalah.

“Jadi sudah tentu ia sesuatu yang sukar untuk saya mengembalikan tahap kecergasan dalam masa singkat.

“Saya cukup gembira dapat pulih dengan baik dan cuba sedaya upaya untuk membantu pasukan. Saya tahu saya boleh melakukan lebih baik dan kami perlu melakukannya.

“Ini bukan soal kami seri 1-1 tetapi ia lebih kepada tentang bagaimana corak permainan kami. Kami mencipta banyak peluang tetapi hanya menjaringkan satu gol menerusi situasi bola mati atau sepakan penalti. Itu yang perlu diubah,” jelas Drogba. – Agensi

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...