Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Thursday, December 16, 2010

Calisto berang sikap pengadil (Harian Metro Online)

KETUA jurulatih Vietnam, Henrique Calisto meluahkan rasa berang terhadap pengadil China, Sun Baojie yang disifatkan terlalu memihak kepada Malaysia sekali gus menyaksikan anak buahnya tewas 2-0 pada perlawanan separuh akhir pertama saingan Piala Suzuki AFF di Stadium Nasional, Bukit Jalil, malam tadi.

Beberapa keputusan Baojie tidak disenangi Calisto hingga muka pengendali dari Portugal itu merah padam menahan marah dan beliau langsung tidak duduk sepanjang 90 minit permainan berlangsung.

Pengadil seakan-akan berat sebelah tapi saya tidak mahu menjadikan perkara itu sebagai alasan. Saya kecewa tapi tidak boleh berbuat apa-apa.

“Kami kalah dan saya terima hakikat itu. Selepas ini, kami akan mengharungi perlawanan kedua di tempat sendiri dan kami perlu memastikan kemenangan berpihak kepada kami.

“Ketinggalan dengan dua jaringan memang sukar. Alangkah baiknya kalau kami dapat menjaringkan gol. Tapi dalam bola sepak, apa saja boleh berlaku. Kalau Malaysia boleh menjaringkan dua gol di sini, saya tidak nampak mengapa kami tidak boleh melakukannya di tempat sendiri,” kata Calisto.

Beliau juga kecewa dengan beberapa kesilapan dilakukan anak buahnya yang mendorong kepada kekalahan di tangan Malaysia.

“Pemain sayap kami tidak menjalankan tugas. Itulah yang membuatkan kami tewas. Benteng pertahanan kami banyak kali melakukan kesilapan mudah.

“Saya puji aksi pemain Malaysia dan mereka berhak menang perlawanan tadi. Kini, kami perlu bekerja lebih keras lagi untuk memadam kelebihan dua gol dimiliki Malaysia,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...