Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Tuesday, December 28, 2010

Amirulhadi doakan kejayaan rakan-rakan (Kosmo Online)


AMIRULHADI (kiri) terlepas aksi final kedua di Jakarta malam esok akibat menerima kad kuning kedua kelmarin.


JAKARTA - "Saya harap rakan-rakan sepasukan dapat mengekalkan semangat juang tinggi dan mental kuat bagi mengharungi final kedua Rabu ini (esok).

"Kejuaraan sebenarnya sudah semakin hampir dalam genggaman kita. Cuma kita jangan lepaskan peluang terbaik ini untuk menjulangnya buat kali pertama."

Begitulah pesanan ringkas pemain sayap kanan kebangsaan, Amirulhadi Zainal yang terpaksa melupakan aksi final kedua Piala Suzuki AFF 2010 di Stadium Utama Gelora Bung Karno malam esok akibat penggantungan perlawanan.

Amirulhadi, 24, yang menerima kad kuning pertama ketika aksi separuh akhir bertemu Vietnam telah mendapat kad kuning keduanya pada penghujung separuh masa pertama malam kelmarin.

"Sebelum perlawanan, jurulatih (K. Rajagobal), pengurus (Datuk Subahan Kamal) dan Presiden FAM (Sultan Ahmad Shah) telah beri pesan, berhati-hati supaya tidak mendapat kad kuning.

"Tetapi saya tak sengaja. Ketika cuba melakukan sepakan gunting itu saya tak sangka akan ada pemain Indonesia menghulurkan kepalanya. Memang cukup terkilan apabila dilayangkan kad.

"Di bilik persalinan ketika waktu rehat, jurulatih beritahu terpaksa mengeluarkan saya bagi memberi ruang buat Ashari Samsudin membiasakan diri menjelang final kedua," katanya ketika ditemui Kosmo! di Hotel Sultan, Jakarta semalam.

Amirulhadi yang merupakan anak bekas pemain kebangsaan, Zainal Nordin turut berasakan nasib malangnya ketika Sukan SEA 2009 di Laos, berulang kali ini.

"Ketika Sukan SEA Laos, saya juga terlepas aksi final menentang Vietnam kerana menjalani penggantungan perlawanan. Kali ini saya dapat main final pertama tetapi terlepas pula final kedua.

"Mungkin itu semua telah ditakdir- kan. Tetapi bola sepak permainan berpasukan dan saya yakin rakan se- pasukan saya dapat mengekalkan kelebihan menerusi kemenangan 3-0 semalam (kelmarin)," jelas pemain Selangor itu.

Dengan ketiadaan Amirulhadi, pemain sayap kiri, S. Kunanlan akan bertukar ke sayap kanan manakala kekosongan sayap kiri diisi Ashari yang menjaringkan gol kedua Malay- sia kelmarin.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...