Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Saturday, December 25, 2010

Amar pastikan pertahanan tidak lolos (Utusan Malaysia Online)

KUALA LUMPUR - Namanya jarang disebut, namun peranan Amar Rohidan dalam skuad kebangsaan cukup besar, terutama dalam membantu barisan pertahanan menahan asakan pasukan lawan.

Ini dibuktikan oleh pemain kelahiran Perlis itu pada aksi separuh akhir kedua Piala Suzuki AFF menentang Vietnam di Stadium My Dinh, Hanoi selepas dia sama-sama bekerja keras membantu barisan pertahanan menahan asakan lawan, seterusnya melayakkan Malaysia ke saingan akhir, Ahad ini.

Menurut Amar, dia selesa dengan tugasan yang diberikan oleh jurulatih, K. Rajagobal, iaitu berperanan menyekat serangan lawan dari bahagian tengah dan mengeluarkan bola ke kawasan selamat.

"Itulah tugasan saya dalam skuad kebangsaan, tetapi jurulatih juga membenarkan saya membantu bahagian serangan.

"Bagaimanapun saya lebih cenderung bertahan, manakala tugas membantu serangan dipikul oleh Safiq Rahim," katanya kepada Utusan Malaysia.

Jelasnya, semuanya bergantung kepada situasi ketika perlawanan, apa yang diberitahu oleh jurulatih perlu dipatuhi, agar tidak berlaku kesilapan seperti mana ketika tewas 1-5 kepada Indonesia di peringkat kumpulan, awal bulan ini.

"Saya lihat rangkaian pertahanan kita beraksi dengan baik, tetapi ada juga beberapa kelemahan yang perlu diperbaiki.

"Di sinilah saya memainkan peranan untuk membantu mereka bertahan.

"Rata-rata pemain pertahanan masih muda, namun permainan mereka harus diberi pujian, saya senang melihat Fadhli Shas bermain baik, walaupun usianya baru 19 tahun. Ini adalah pendedahan antarabangsa yang sangat berguna buat mereka," kata pemain yang akan beraksi untuk Kedah dalam saingan Liga Super musim depan.

Amar juga tidak berselindung mengatakan bahawa pertemuan final dengan Indonesia, memberi peluang Malaysia melunaskan dendam, setelah kalah kepada Indonsia pada perlawanan peringkat kumpulan.

Amar beraksi bersama pasukan Perlis sejak 2005, bagaimanapun untuk saingan musim depan dia telah membuat keputusan berhijrah ke Kedah.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...