Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Wednesday, December 15, 2010

22,000 habis dijual (Utusan Malaysia Online)


Sebahagian peminat bola sepak negara menunjukkan tiket perlawanan separuh akhir Piala Suzuki AFF di antara Malaysia dan Vietnam yang akan berlangsung di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam ini.


KUALA LUMPUR - Demam separuh akhir pertama Piala Suzuki AFF 2010 di kalangan peminat setia bola sepak tempatan kian terasa apabila 22,000 ribu tiket berjaya dijual pada hari kedua, semalam.

Jualan tiket hari kedua di Stadium Nasional Bukit Jalil menampakkan kesungguhan ketara di kalangan penyokong berbanding hari pertama apabila ramai antara mereka sanggup datang walaupun dalam waktu bekerja.

Berdasarkan pemerhatian, ramai antara peminat menghantar wakil untuk mendapatkan tiket kepada rakan-rakan yang lain.

Salah seorang peminat, Azlan Daud, 22, yang bekerja di Universiti Putra Malaysia (UPM) membeli tujuh tiket sebagai mewakili rakan-rakan sepejabat yang tidak dapat hadir kerana kerja.

''Saya dan rakan-rakan amat bersemangat mahu memberikan sokongan padu kepada Malaysia kerana yakin dengan kemampuan skuad kali ini untuk menumbangkan Vietnam.

''Ramalan saya, kita mampu menang 2-0 dengan penyerang, Norshahrul Idlan Talaha dan S. Kunanlan akan menjadi penjaring Malaysia, '' katanya.

Bagi Ahmad Shamizan Mat Nor, 22, yang merupakan pelajar Universiti Kuala Lumpur (UniKL), tidak sanggup melepaskan peluang untuk menonton persembahan negara di depan mata a sendiri.

''Datang ke stadium berbanding menonton di kaca televisyen adalah sesuatu yang berbeza, kami boleh memberin sokongan secara terusi,'' katanya yang membeli tiket untuk lapan rakan yang lain.

Eksekutif bank, Mohd. Lokman Hakim Johar, 27, berasa terpanggil untuk hadir ke stadium selepas gembira dengan peningkatan skuad Harimau Malaya.

Peminat yang belum mendapatkan tiket boleh mendapatkannya di Stadium Nasional sehingga perlawanan dimulakan. Tiket berbumbung berharga RM40, tidak berbumbung adalah RM20 dan RM 5 untuk kanak-kanak

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...