Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Friday, November 26, 2010

Tiket Piala AFF mulai dijual (Utusan Malaysia Online)

KUALA LUMPUR - Peminat yang ingin menyaksikan aksi Malaysia pada kejohanan bola sepak Piala AFF-Suzuki di Jakarta, boleh mendapatkan tiket yang telah pun dijual sejak 24 November lepas.

Menurut kenyataan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Syarikat SeatAdvisor telah dilantik sebagai ejen penjualan tiket yang sah.

Sebanyak 2,300 tiket berharga RM 75 dijual dan 3,000 tiket dengan harga RM 37 bagi dua perlawanan membabitkan Indonesia pada 1 Disember dan Thailand, 4 Disember di Stadium Gelora Bung Karno, Senayan.

Bagi perlawanan terakhir berdepan Laos yang dijadualkan di Gelora Senayan, sebanyak 6,000 tiket berharga RM 35 akan dijual.

Semua tiket tersebut boleh dibeli di pejabat SeatAdvisor Sdn. Bhd. Tingkat 3A, Unit 13B, Empire SOHO, Empire Building, Subang Jaya, Selangor atau boleh menghubungi talian Hotline 03-5611-5000 atau melalui internet dengan melayari www.ticketsas.com.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...