Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Tuesday, November 9, 2010

PBSNT lepas enam pemain (Sinar Harian Online)

SERAMAI enam pemain pasukan bola sepak Terengganu dilepaskan lebih awal bagi memberi peluang mencari pasukan baru untuk menghadapi kempen Liga Malaysia tahun depan.

Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT), Abdullah Salleh berkata, mereka terlibat yang tidak disambung kontrak untuk musim depan terdiri daripada penjaga gol, pemain tengah dan pertahanan kiri.

“Kita tidak sambung kontrak mereka bukan bermakna mereka tidak berkemampuan, tetapi biarlah mereka mencari pasukan baru tahun depan,” katanya.

Abdullah berkata, antara pemain terbabit ialah Tengku Hasbullah Raja Hassan, Tengku Azman Raja Hassan, K Rajan (pemain tengah), Hariri Mohd Safii (pertahanan kiri) dan Mohd Zairi Hafizie Idris (penjaga gol).

Beliau berkata, untuk menghadapi musim baru 2011 nanti, Terengganu mengenal pasti enam pemain baru berkualiti dijangka mampu membawa pasukan menjadi juara salah satu piala tahun depan.

Katanya, kebanyakan pemain melibatkan anak Terengganu yang kini sedang bermain dengan pasukan lain.

Beliau berkata, nama pemain Terengganu 2011 bersama yang baru akan diumumkan pada awal Disember depan.

Dalam pada itu, Abdullah berkata, mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi Eksekutif PBSNT akan didakan dalam masa terdekat untuk membincangkan persiapan liga 2011. - Bernama

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...