Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Thursday, November 4, 2010

Nasib Dollah diputuskan Presiden PBNP (Harian Metro Online)

Oleh Asrol Awang

KEDUDUKAN Dollah Salleh selaku jurulatih Pahang bagi menghadapi saingan Liga M 2011 hanya akan diputuskan apabila Majlis Tertinggi Persatuan Bola Sepak Negeri Pahang (PBNP) mengadakan mesyuarat dalam tempoh terdekat.

Keputusan itu juga akan diumum Presiden PBNP, Tengku Abdul Rahman Sultan Ahmad Shah sama ada meneruskan khidmat bekas pemain kebangsaan itu atau menggantikannya dengan jurulatih baru.

Pengurus Pahang, Datuk Che Nasir Salleh berkata, setakat ini, tiada kata putus atau perbincangan berhubung kedudukan Dollah dalam skuad Pahang bagi mengharungi cabaran musim depan.

Katanya, ini kerana kebiasaannya Presiden PBNP akan mengadakan mesyuarat sebelum memutuskan khidmat Dolah terus ditagih.

“Saya tidak dapat memberikan sebarang jawapan sama ada khidmat Dollah kekal atau sebaliknya. Segala keputusan akan diumum Tengku Abdul Rahman selaku Presiden PBNP.

“Segalanya akan terjawab apabila kami mengadakan mesyuarat dalam tempoh terdekat dalam usaha meletakkan Pahang pada prestasi terbaik musim 2011,” katanya.

Musim ini, Pahang menduduki tempat kelapan saingan Liga Super sebelum bangkit mempamerkan aksi terbaik pada Piala Malaysia hingga mara ke suku akhir.

Bersandarkan kepada pemain muda, Dollah berjaya membawa Pahang ke tahap lebih baik berbanding 2009 iaitu menduduki tangga ke-13 daripada 14 pasukan yang beraksi pada saingan Liga Super.

Mengulas prestasi Pahang musim ini, Che Nasir mengakui prestasi pasukan itu menunjukkan peningkatan dan tidak mustahil dengan barisan pemain sedia ada, mereka akan menjadi lebih matang.

“Jika pemain ini kekal bersama Pahang, saya percaya mereka mampu melakar kejayaan membanggakan musim depan seperti dipamer pada saingan Piala Malaysia lalu,” katanya lagi.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...