Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Thursday, November 4, 2010

Demam Piala Malaysia belum berakhir di Kelantan (Berita Harian Online)

Oleh Adnan Mohamad
bhsukan@bharian.com
2010/11/04

 KAPTEN Kelantan, Indra Putra Mahayuddin  memperagakan Piala Malaysia   kepada penyokong Kelantan di Kota Bharu Trade Centre, semalam.
KAPTEN Kelantan, Indra Putra Mahayuddin memperagakan Piala Malaysia kepada penyokong Kelantan di Kota Bharu Trade Centre, semalam.

DEMAM Piala Malaysia di kalangan penyokong The Red Warriors terus menyala apabila sambutan hangat terus diberikan di mana saja piala berprestij itu dibawa untuk tontonan hinggakan Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) terpaksa menggunakan khidmat RELA bagi mengawal keadaan.

Semalam, piala kebanggaan itu terus diserbu peminat ketika dipamerkan di Kota Bharu Trade Centre (KBTC) yang turut disertai beberapa pemain The Red Warriors.

Sebaik diletakkan di depan pintu utama KBTC bersama dengan barisan pemain, peminat bagaikan tidak sabar untuk menyentuh piala berkenaan selain berkesempatan bersalaman dengan pemain.
Ketua Pegawai Eksekutif KAFA, Tuan Hashim Tuan Yaacob, berkata tindakan mengarak piala kebanggaan rakyat Kelantan bersama pemain itu dilakukan bagi melahirkan rasa terima kasih kepada penyokong setia negeri itu.

“Sejak dua hari lalu, kita sudah menjelajah ke beberapa tempat di sekitar bandar Kota Bharu bagi memberi peluang kepada pemain dan peminat bertemu tetapi esok (hari ini), siri jelajah ini dihentikan buat sementara bagi memberi peluang pemain berehat dan rancangan seterusnya akan diberitahu kelak,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

RSS Sinar Harian: Sukan

Berita Harian: Sukan

Harian Metro: Arena