Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Thursday, October 28, 2010

Tingkatkan prestasi (Harian Metro)

Oleh Adnan Mohamad

PEMAIN Kelantan dinasihat supaya memberi tumpuan sepenuhnya kepada aksi final menentang skuad `Hoben Jang Hoben’ dan meningkatkan prestasi supaya peluang kedua membawa pulang Piala Malaysia tidak dipersia-siakan.

Pengurus The Red Warriors, Azman Ibrahim berkata, peluang Kelantan merampas piala berprestij daripada Negeri Sembilan (NS) dilihat terbuka luas berdasarkan prestasi semasa dan yakin kali ini Kelantan berjaya menjinakkan NS walaupun peluang masing-masing mencatat kemenangan 50-50.

Menurutnya, dalam persiapan menghadapi perlawanan penting itu, pemain Kelantan diarah memberikan komitmen jitu sepanjang latihan di bawah kendalian ketua jurulatih, B Sathianathan yang kini diberikan kembali `kuasa’ sebagai jurulatih selepas hukumannya ditangguhkan Persatuan Bolasepak Malaysia, kelmarin.

“Apa yang kita mahukan buat masa ini pemain fokus pada final. Sebarang keraian atau majlis membabitkan pemain Kelantan akan diadakan selepas final tamat, tidak kira sama ada kita muncul juara ataupun tidak. Apa yang penting sekarang adalah fokus hanya kepada final Sabtu ini,” katanya ketika ditemui, di sini, semalam.

Ditanya mengenai peluang Kelantan pada final kali ini, Azman berkata, dengan bilangan pemain utama yang dilihat cergas dan tiada sebarang halangan termasuk penggantungan atau dibelenggu kecederaan serius, Kelantan berpotensi muncul juara.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...