Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Sunday, October 24, 2010

Terubat luka Sathia (Berita Harian Online)

Oleh Norliza Wasilan
bhsukan@bharian.com.my
2010/10/24

  • Foto

    PEMAIN Kelantan, Norshahrul Idlan Talaha (kiri) cuba melepasi pemain Kedah, Khairul Helmi Johari dalam perlawanan kedua separuh akhir Piala Malaysia di Stadium Sultan Mohd Ke IV, malam tadi.

  • Foto

    B Sathianathan

Red Warriors ceria hari suram jurulatih digantung

KEKECEWAAN kehilangan jurulatih, B Sathianathan akibat penggantungan enam bulan, terubat dengan jaringan terus dari sepakan sudut Norshahrul Idlan Talaha membawa Kelantan ke final Piala Malaysia kedua berturut-turut menerusi kejayaan 1-0 ke atas Kedah di separuh akhir kedua di Stadium Sutan Mohd IV semalam.

Dibayangi penggantungan Sathianathan yang dikenakan hukuman oleh Jawatankuasa Disiplin Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) berikutan tindakannya mempertikaikan pemilihan Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu sebagai gelanggang pertemuan Perlis dan Terengganu, 27 Julai lalu ketika Stadium Utama Negeri di Kangar tidak dapat digunakan, Red Warriors memerlukan kesilapan penjaga gol Kedah, Helmi Eliza Elias yang tertumbuk masuk sepakan sudut Norshahrul pada minit ke-79 untuk memastikan kemenangan.

Seri tanpa jaringan pada separuh akhir pertama di Alor Setar Rabu lalu, kepulangan semula, Norshahrul ke dalam kesebelasan utama jelas menyuntik jentera serangan tuan rumah dengan dirinya dinafikan tiang sebelah kiri seawal minit ketiga.

Ketiadaannya begitu dirasai ketika menjalani penggantungan perlawanan pertama ekoran kad merah pada suku akhir menentang Selangor, tidak bernasib baik apabila rembatan kaki kirinya terkena palang dan seterusnya bergolek ke luar selepas terkena belakang penjaga gol, Helmi Eliza.

Norshahrul menjadi duri dalam daging pelawat sekali lagi pada minit ke-12 apabila hantaran lintangnya dari kanan, gagal disambut di depan pintu gol.

Kelantan di bawah kendalian penolong jurulatih, Hashim Mustapha, terus mengancam dan Helmi Eliza terpaksa menyelamatkan pasukannya apabila menepis keluar sepakan percuma dari tengah, Indra Putra Mahayuddin sembilan minit sebelum tamat babak pertama.
Dengan asakan banyak tertumpu ke kubu Kedah, Baddrol Bakhtiar meredakan ketegangan seketika apabila menguji penjaga gol, Khairul Fahmi Che Mat dengan sepakan percuma, namun penjaga gol ketiga kebangsaan itu tidak berdepan kesukaran menepis keluar pada minit ke-68.

Kedah yang menyimpan harapan untuk mengheret perlawanan ke masa tambahan, akhirnya tersentak kerana kesilapan Helmi Eliza yang gagal mengagak sepakan penjuru lencong Norshahrul.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...