Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Thursday, October 28, 2010

Rusa perkemas jentera serangan (Kosmo Online)


BARISAN pemain Negeri Sembilan gigih menjalani latihan di Seremban semalam bagi menghadapi Kelantan pada final Piala Malaysia di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Sabtu ini.


JUARA bertahan, Negeri Sembilan tidak akan melakukan rombakan besar dalam barisan pemainnya apabila berdepan Kelantan pada perlawanan akhir Piala Malaysia di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Sabtu ini.

Jurulatih, Wan Jamak Wan Hassan berkata, beliau tetap menyandarkan harapan kepada beberapa pemain berpengalaman termasuk Idris Karim, Shukor Adan, Ching Hong Aik, S. Kuna- lan dan Mohd. Aidil Zafuan Abdul Radzak.

"Saya akui tidak punya banyak pilihan, lagipun skuad kami terdiri daripada ramai pemain muda yang masih cetek pengalaman," katanya semalam.

Walaupun persediaannya agak terjejas tanpa penyerang berbisa, Mohd. Zaquan Adha Abdul Radzak yang berehat panjang kerana kecederaan lutut yang serius, Wan Jamak berkata, Idris yang mengisi posisi tersebut dianggap tonggak dalam mengemudi jentera serangan berikutan pengalaman dan kelincahannya.

"Mengenai kedudukan ketua pasukan, Rezal Zambery Yahya yang mengalami kecederaan pada aksi separuh akhir pertama lalu, saya berharap dia akan pulih dalam masa terdekat.

"Kehadirannya amat diharapkan kerana dia adalah perancang utama selain pembimbing pemain muda," katanya.

Wan Jamak berkata, beliau kini lebih memberi tumpuan untuk memperkemaskan lagi strategi dan jentera serangan bagi memastikan setiap peluang berjaya dimanfaatkan sepenuhnya oleh pemain.

"Tiada perubahan besar dilakukan kerana ia boleh mengganggu rentak dan persefahaman mereka," katanya.

Wan Jamak turut yakin skuadnya ada ramuan untuk menang walaupun Kelantan berazam menebus kekecewaan tahun lepas.

Katanya, dalam permainan bola sepak terutama pada peringkat final, apa sahaja boleh berlaku dan hakikat ini perlu diberi perhatian oleh semua pemain.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...