Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Saturday, October 23, 2010

Red Warriors lebih waspada: Sathia (Berita Harian Online)

Oleh Adnan Mohamad

2010/10/23

KELANTAN tidak sesekali mengambil sikap mudah atau mengharap tuah laman sendiri apabila melayan kunjungan Kedah malam ini kerana sedar pelawat itu pernah melakukan kejutan mengalahkan Red Warriors di Stadium Sultan Mohd Ke IV, sebelum ini.

Sehubungan itu, jurulatih B Sathianathan, berharap anak buahnya berhati-hati dengan taktik Hijau Kuning, sambil terus bersemangat dalam usaha memastikan Kelantan melangkah ke perlawanan akhir saingan Piala Malaysia, Sabtu depan.

Katanya, peminat setia Kelantan tidak rela melihat pasukan itu terkulai dan menggigit jari di depan ribuan lautan merah putih di Stadium Sultan Muhammed Ke IV.

Pada pendapat saya, perlawanan kali ini tidak sama dengan perlawanan di Stadium Darulaman kerana Kedah sudah tentu akan bermain bermati-matian bagi mengejar tiket ke final.

Tetapi Kelantan tidak rela berputih mata di depan penyokong sendiri dan saya mengingatkan pemain supaya jangan mengambil mudah barisan serangan Kedah yang dilihat berpotensi menjaringkan gol.

Untuk perlawanan penting seperti ini, kita tidak akan sesekali hanya berserah kepada nasib kerana tahu keupayaan yang ada ketika ini mampu diterjemahkan dengan kemenangan, kata Sathia, semalam

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...