Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Tuesday, October 26, 2010

Polis tambah anggota kawal Stadium Nasional (Berita Harian Online)

Oleh Harris Rajahdin
harajah@bharian.com.my
2010/10/26

PIHAK polis akan meningkatkan jumlah anggota di samping mengetatkan pemeriksaan di pintu pagar sebagai langkah berwaspada mengelak sebarang kejadian tidak diingini pada final Piala Malaysia antara Kelantan dan Negeri Sembilan di Stadium Nasional Bukit Jalil, Sabtu ini.

Dengan perlawanan akhir kali ini menemukan pasukan sama seperti edisi tahun lalu, kejadian penyokong membaling mercun dan merosakkan harta benda stadium masih segar dalam ingatan pihak penganjur yang menyeru kepada semua penyokong supaya berkelakuan baik pada hari berkenaan.

Pada mesyuarat jawatankuasa pengelola final di Stadium Nasional, semalam, jawatankuasa dipengerusikan Datuk Hamidin Mohd Amin turut mengumumkan sejumlah 60,000 tiket, masing-masing 30,000 bagi penyokong Kelantan dan Negeri Sembilan akan mula dijual selewat-lewatnya esok.

Baki tiket yang tidak dijual berserta jumlah ditetapkan untuk jualan di Lembah Klang akan dijual pada 9 pagi hari perlawanan di kaunter tiket Stadium Nasional. Tiket dijual RM50 bagi grandstand, RM30 bagi teres dan RM5 bagi kanak-kanak.

Penonton akan mula dibenarkan masuk pada jam 4 petang dan tidak dibenarkan keluar masuk stadium. Persatuan Bola Sepak Malaysia juga tidak membenarkan penjualan makanan dan minuman ke dalam stadium atas sebab-sebab keselamatan.

Pihak penaja, Telekom Malaysia turut akan mengadakan karnival TM Syoknya Bola dengan acara kemuncak, TM Penalty Kick yang menawarkan hadiah RM1000.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...