Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Saturday, October 30, 2010

Penyokong ‘tawan’ Bukit Jalil (SInar Harian)



KOTA BHARU- Semangat berkobar-kobar mahu menyaksikan perlawanan akhir Piala Malaysia dalam kalangan penyokong pasukan Red Warriors jelas kelihatan.

Malam tadi sekumpulan penyokong tanpa mengira jantina dan peringkat usia seawal jam 9 malam berkumpul di perkarangan Stadium Sultan Mohd IV untuk bertolak ke Stadium Nasional Bukit Jalil untuk menyaksikan perlawanan Kelantan bertemu Negeri Sembilan.

Sokongan padu daripada penyokong pasukan Red Warriors ini tidak pernah berbelah bahagi apabila kira-kira 59 bas dari Kelantan bertolak untuk bersama-sama merasai sendiri detik-detik jaringan gol yang bakal memihak kepada Kelantan.

Seorang peminat, Nurul Ilyani Zahari, 26, berkata dia tidak mahu melepaskan peluang untuk menyaksikan sendiri pertarungan akhir pasukan kegemarannya itu.

“Saya menempah tiket lebih awal menerusi Kelab Penyokong Kelantan supaya tidak ketinggalan bersama-sama peminat lain melihat kejohanan ini.

“Walaupun saya perempuan tetapi minat saya terhadap bola sepak dan sokongan padu kepada pasukan Kelantan tetap sama seperti lelaki,” katanya ketika ditemui malam tadi di pekarangan stadium.

Bagi peminat cilik pula, Mohd Daneal Ishak, 6, pula dia gembira kerana dapat ke Stadium Nasional Bukit Jalil untuk melihat pemain Kelantan beraksi untuk merebut gelaran juara dan membawa pulang piala ke Kelantan.

Seorang lagi penyokong, Mohd Saifullah Che Abdul Ghani, 21, turut menasihatkan penyokong pasukan Kelantan supaya tidak bertindak di luar batasan ketika menyaksikan perlawanan malam ini.

“Saya berharap dan berdoa Kelantan menang dan pengadil bersikap profesional dalam mengadili permainan nanti serta tidak berat sebelah,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...