Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Sunday, October 24, 2010

NS penuhi janji (Berita Harian Online)

Oleh Rizar Mohd Noor
bhsukan@bharian.com.my
2010/10/24

PENJAGA gol NS, Sani Anuar  menangkap kemas bola sepakan pemain Johor FC dalam perlawanan separuh akhir kedua di Stadium JCorp, Pasir Gudang, malam tadi.
PENJAGA gol NS, Sani Anuar menangkap kemas bola sepakan pemain Johor FC dalam perlawanan separuh akhir kedua di Stadium JCorp, Pasir Gudang, malam tadi.

PENYANDANG juara Negeri Sembilan bangkit untuk memastikan pentas final buat musim kedua berturut-turut selepas barisan Wan Jamak Wan Hassan menewaskan Johor FC 2-0 untuk layak dengan agregat 2-1 dalam saingan separuh akhir kedua di Stadium JCorp, Pasir Gudang, malam tadi.

Kejayaan itu bermakna Negeri Sembilan bakal bertemu Kelantan, mengulangi aksi final tahun lalu selepas Red Warriors turut menang 1-0 ke atas Kedah dalam satu lagi pentas separuh akhir di Stadium Sultan Mohd IV di Kota Bharu.

Pelawat jelas bermula garang dengan percubaan awal untuk melenyapkan defisit satu gol hadir pada minit kesembilan selepas Abdul Halim Faizal merembat bola kencang dari jarak 20 meter tetapi penjaga gol, Mohd Anis Faron sempat merebahkan badan untuk menepis bola keluar.

Tuan rumah yang pada awalnya tertekan dengan asakan barisan skuad Wan Jamak, hanya mampu mengatur langkah selepas itu dan cubaan Johor FC mencemaskan gawang pelawat menerusi rembatan Mohd Khairul Ismail pada minit ke-18 selepas penjaga gol, Sani Anuar Kamsani terlepas bola sepakan sudut Eddy Helmi Manan.

Serangan bertali arus pelawat membuahkan hasil untuk mengikat agregat 1-1 pada minit ke-36 selepas bola sepakan sudut Ching Hong Aik ditanduk Shukor Adan yang terkena palang dan bola melepasi garisan gol, sekali gus melenyapkan sorakan lebih 10,000 penyokong tuan rumah.

Sebaik babak kedua bersambung, pelawat terus garang memburu gol dan hasilnya kesilapan Khairi Kiman menjatuhkan S Kunalan di dalam kotak penalti menyaksikan pengadil, Nagor Amir Noor Mohamed, tidak teragak-agak menghadiahkan sepakan penalti pada minit ke-60.

Rembatan deras Shahurain Abu Samah menewaskan Mohd Anis untuk selesa dengan agregat 2-1.
Ketinggalan 2-0, tuan rumah cuba menyusun strategi untuk bangkit dan gerakan solo Eddy Helmi hampir membuahkan hasil tetapi gagal hingga menekan mental pemain tuan rumah yang terpaksa berkampung di laman sendiri pada 15 minit terakhir.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...