Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Saturday, October 30, 2010

Kelantan kini lebih bersedia (Kosmo)



KAPTEN Negeri Sembilan, Aidil Zafuan (kiri) dan kapten Kelantan, Indra Putra memegang Piala Malaysia yang akan menjadi buruan mereka malam ini.


KELANTAN tidak mahu skrip pada final Piala Malaysia musim lalu berulang yang menyaksikan mereka tewas 1-3 kepada Negeri Sembilan.

Ketua jurulatih skuad The Red Warriors, B. Sathianathan berkata, kekalahan tersebut sudah cukup untuk memberikan anak-anak buahnya pengajaran yang berguna agar tampil dengan prestasi yang lebih konsisten.

“Pada tahun lepas, keja- yaan kami (Kelantan) mara ke pentas final adalah sesuatu yang di luar jangkaan dan ia sebenarnya sedikit sebanyak memberi tekanan buat semua pemain.

“Namun, kali ini saya percaya pemain-pemain sudah bersedia sepenuhnya baik dari segi mental mahupun fizikal dan mereka juga lebih berpengalaman untuk berhadapan dengan suasana final.

“Yang pasti, kekalahan pada tahun lepas telah memberi pengajaran berguna buat barisan pemain saya agar tidak mengulangi kesilapan yang sama,” kata Sathianathan pada sidang media menjelang final Piala Malaysia menentang Negeri Sembilan di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam ini.

Berdasarkan prestasi semasa, Kelantan dilihat sebagai pasukan pilihan untuk memenangi perlawanan tersebut, sekali gus mencipta sejarah buat julung kalinya menjulang trofi paling berprestij itu.

Ia ditambah dengan ketiadaan beberapa tonggak utama Negeri Sembilan seperti kapten, Rezal Zambery Yahya serta ‘ayam tambatan’ mereka, Mohd. Zaquan Adha Abdul Radzak.

Begitupun, Sathianathan yang merupakan bekas pengendali skuad kebangsaan tidak mahu memandang rendah keupayaan Negeri Sembilan yang kini di bawah bimbingan Wan Jamak Wan Hassan.

“Negeri Sembilan adalah sebuah pasukan yang perlu dihormati dan pasti- nya mereka tidak akan memberi laluan yang mudah buat kami untuk mencatatkan kemenangan pada perlawanan esok (malam ini).

“Bagi saya, ketiadaan beberapa tonggak utama mereka terutama Zaquan tidak akan sesekali menjejaskan rentak permainan mereka kerana mereka memiliki ramai pemain yang berkualiti.

“Jadi... tidak ada masalah buat Negeri Sembilan untuk menghadapi perlawanan esok (malam ini),” jelas Sathianathan.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

RSS Sinar Harian: Sukan

Berita Harian: Sukan

Harian Metro: Arena