Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Saturday, October 16, 2010

Kelantan benam Selangor (Berita Harian)

Oleh Norliza Wasilan
bhsukan@bharian.com.my
2010/10/16

PEMAIN Kelantan Hairuddin  Omar cuba melepasi kawalan pemain Selangor dalam perlawanan kedua suku akhir Piala Malaysia, malam tadi.
PEMAIN Kelantan Hairuddin Omar cuba melepasi kawalan pemain Selangor dalam perlawanan kedua suku akhir Piala Malaysia, malam tadi.
30,000 penyokong tuan rumah jejas rentak permainan pelawat

AKMAL Rizal Rakhli membuktikan dirinya tetap berbisa apabila muncul wira dengan menjaringkan satu gol dan mencipta satu lagi untuk menjulang Kelantan muncul pasukan pertama mara ke separuh akhir Piala Malaysia dengan kemenangan 3-0 ke atas Selangor, semalam.

Terikat tanpa jaringan di Stadium Shah Alam dalam suku akhir pertama Selasa lalu, bekas penyerang kebangsaan berusia 29 tahun itu, mengembalikan zaman kegemilangannya dengan tandukan cantik pada minit ke-25 untuk gol kedua.

Dia kemudiannya melarikan bola di sayap kiri sebelum menghantar tepat ke Mohd Badhri Radzi untuk melakukan penyudah bagi jaringan terakhir Kelantan pada minit ke-77.

Ketika perlawanan seimbang pada babak awal, kegagalan Asraruddin Putra Omar menghalang kemaraan Mohd Nor Farhan Muhammad mengundang padah dengan jaringan pembukaan Kelantan pada minit ke-14.

Mohd Nor Farhan meledakkan rembatan kencang kaki kiri yang menuju ke penjuru kanan gawang dengan penjaga gol, Hamsani Ahmad tidak mampu berbuat apa-apa.

Jelas kehadiran 30,000 penyokong tempatan yang memenuhi kapasiti Stadium Sultan Mohd IV menjejaskan rentak pemain pelawat yang tampak gugup ketika penyokong Selangor membuat keputusan tidak bertandang ke Kota Bharu.
Seakan kaki diikat besi, pemain Selangor kelihatan kaku di atas padang, ketika tuan rumah semakin yakin melancarkan serangan bertali arus.

Hasilnya, tidak lama kemudian The Red Warriors menggandakan kelebihan apabila bekas pemain kebangsaan, Akmal Rizal Rakhli yang tidak kawal bijak mengarahkan tandukan untuk sekali lagi menewaskan Hamsani pada minit ke-25, hasil hantaran lintang kapten, Indra Putra Mahayuddin

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

RSS Sinar Harian: Sukan

Berita Harian: Sukan

Harian Metro: Arena