Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Sunday, October 17, 2010

Johor FC lakar sejarah sendiri (Berita Harian)

Oleh Asrol Awang
bhsukan@bharian.com.my
2010/10/17

PEMAIN Pahang, Mohamad Fauzi Rozlan (jersi kuning) bertembung dengan  pemain Johor FC,  Khairi Kiman ketika saingan  di Stadium Darulmakmur, malam tadi.
PEMAIN Pahang, Mohamad Fauzi Rozlan (jersi kuning) bertembung dengan pemain Johor FC, Khairi Kiman ketika saingan di Stadium Darulmakmur, malam tadi.
Pasukan tunggal bertaraf kelab lolos ke saingan separuh akhir

PASUKAN tunggal berstatus kelab dalam kancah suku akhir Piala Malaysia, Johor FC berjaya menempah satu slot ke saingan separuh akhir meskipun tewas 2-1 kepada Pahang dalam perlawanan timbal balik kedua di laman lawan, Stadium Darul Makmur, semalam.

Johor FC yang membawa bekalan kecil satu gol dari perlawanan pertama di Stadium JCorp Pasir Gudang, Selasa lalu mara menerusi kelebihan jaringan di tempat lawan selepas terikat secara agregat 2-2 dan membuat lebih 10,000 peminat Tok Gajah gigit jari.

Tanpa sebarang jaringan pada babak pertama, Johor FC terlebih dulu memecah kebuntuan pada minit ke-52 hasil jaringan Eddy Helmi Abd Manan sebelum Pahang tambah derita untuk beraksi sepuluh pemain selepas Muhammad Syawal Norsham dibuang padang lapan minit kemudian selepas mengutip kad kuning kedua.

Sedar dengan kelebihan dimiliki lawan, Pahang kendalian Dollah Salleh tidak berputus asa dengan melancarkan beberapa serangan pantas ke kubu lawan dan hasilnya berjaya menyamakan kedudukan hasil tandukan Mohd Shahrizan Mohd Salleh pada minit ke-65.

Kesungguhan Pahang yang pernah menjulang dua kali Piala Malaysia pada 1983 dan 1992 terus membara selepas memperoleh gol kedua juga hasil tandukan Mohd Faizul Hussein, tiga minit kemudian yang berjaya menewaskan penjaga gol Johor FC, Mohd Anis Faron Ahmad Arsidi.

Namun gol ketiga yang dicari Pahang tidak hadir sehingga wisel penamat yang membawa Johor FC ke separuh akhir bertemu juara bertahan, Negeri Sembilan

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...