Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Saturday, October 30, 2010

Insentif menanti Red Warriors (Harian Metro Online))

Oleh Adnan Mohamad

SAMA ada menang atau kalah, pemain Red Warriors bakal menerima insentif wang tunai daripada kerajaan negeri Kelantan cuma jumlahnya pasti berbeza.

Itulah yang dijanjikan Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengenai final merebut Piala Malayisa membabitkan Kelantan menentang Negeri Sembilan (NS) di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam esok.

“InsyaAllah, ada insentif jika menang tetapi saya tidak akan sebutkan jumlah. Jika kalahpun tetap ada cuma jumlahnya mungkin kurang sedikit,” katanya.

Dalam perkembangan sama, Nik Abdul Aziz menegaskan, cuti peristiwa tidak akan diberikan sekiranya Kelantan muncul juara memandangkan kerajaan negeri sudah meluluskan 4 November ini sebagai hari cuti sempena pilihanraya kecil DUN Galas, Gua Musang.

“Sekiranya Kelantan muncul juara, saya tidak menjanjikan keesokannya cuti kerana sudah meluluskan 4 November ini sebagai cuti peristiwa. Sekiranya cuti sekali lagi, saya rasakan ia tidak wajar.

“Bagaimanapun, bagi mana-mana pihak yang terbabit mereka mungkin boleh memohon cuti,” katanya.

Berkenaan perlawanan akhir menentang NS, Nik Abdul Aziz turut berdoa supaya hajat puluhan ribu rakyat Kelantan termakbul dengan Kelantan muncul juara.

“Saya hanya mahukan dua perkara iaitu yang pertama, supaya Kelantan menang dan kedua, jangan ada sebarang keganasan dilakukan penyokong.

“Keganasan dalam sukan bola sepak ini hanya memalukan rakyat Kelantan. Apa yang kami mahukan ialah menang dan tiada keganasan oleh penonton,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...