Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Saturday, October 30, 2010

Indra tak rela Kelantan pulang tangan kosong (Kosmo Online)


INDRA (depan) dan Badri (kanan) antara tonggak utama skuad Kelantan musim ini.


DUA musim bersama Kelantan, Indra Putra Mahayuddin pasti berasa cukup bertuah kerana dapat beraksi di pentas final Piala Malaysia.

Namun secara statistik, ia adalah aksi keempat Indra di final Piala Malaysia kerana sebelum ini dia pernah menggalas tanggungjawab bersama Perak.

"Tahun lepas kami tewas kepada Negeri Sembilan, jadi saya tidak mahu episod yang sama berulang. Melihatkan barisan pemain yang ada, saya cukup yakin kami mampu melakukannya tetapi kami kena bekerja lebih keras.

"Saya minta semua rakan bersedia. Negeri Sembilan bukan sebuah pasukan yang mudah untuk dijinakkan, jadi kami perlu memberikan tumpuan dan fokus yang tinggi sepanjang perlawanan tersebut," kata Indra.

Tambahnya, perlawanan malam esok dijangka sengit memandangkan Negeri Sembilan tampil sebagai penyandang juara dan juara Piala FA musim ini.

"Saya akui Negeri Sembilan sebuah pasukan yang kuat, mereka mempunyai ramai pemain yang berpengalaman tetapi saya juga percaya bahawa kami mampu mencipta sejarah baru bola sepak Kelantan dan kami sedang ke arah itu.

"Jika mereka menganggap bertemu Kelantan adalah tugas mudah, ini bermakna telahan mereka kurang tepat. Kami akan pasti- kan kali ini giliran mereka pula pulang kosong," ujar kapten Kelantan itu.

Sementara itu, bagi perancang Kelantan, Badri Radzi yang terlepas aksi final tahun lalu akibat kecederaan, berazam menjulang The Red Warriors di puncak kejayaan.

"Tahun lalu saya tidak dapat beraksi kerana terpaksa berehat panjang. Kali ini saya dapat beraksi, jadi saya mahu menggunakan kesempatan yang ada untuk memberikan yang terbaik.

"Ini merupakan penampilan pertama saya di pentas akhir Piala Malaysia bersama Kelantan dan saya mahu menjadikannya momen paling indah dalam karier saya sebagai seorang pemain bola sepak," katanya.

Jelasnya, selaku anak jati Kelantan, dia bertekad untuk menebus kembali maruah The Red Warriors selepas diaib- kan Negeri Sembilan 1-3 pada aksi final tahun lalu.

"Jika mereka mahu mengekalkan piala tersebut, kami pemain-pemain The Red Warriors pula berazam merampas dan membawanya pulang ke Kota Bharu," tegasnnya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...