Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Monday, November 1, 2010

Ganjaran lumayan (Harian Metro Online)

Oleh Adnan Mohamad

KOTA BHARU: Pemain The Red Warriors bakal menerima insentif wang tunai dalam tempoh seminggu hasil kejayaan merampas Piala Malaysia daripada Negeri Sembilan (NS) malam kelmarin.

Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob berkata, jumlah wang tunai dijanjikan itu akan diputuskan dalam mesyuarat Ahli Jawatankuasa Kerajaan Negeri pada Rabu ini, termasuk kemungkinan insentif tambahan lain. “Dalam mesyuarat terbabit kami akan memutuskan jumlah akan diberikan kepada pemain atas usaha keras mereka hingga berjaya membawa pulang piala kebangaan ramai itu kali pertama ke negeri Cik Siti Wan Kembang ini.

“Selain menentukan jumlah wang tunai yang diberikan, kami juga membincangkan sama ada memberikan insentif lain kepada pemain yang berjasa ini,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...