Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Thursday, September 23, 2010

Liga Malaysia: Keputusan pemain import Rabu depan (Utusan Malaysia)

23/09/2010 8:36pm

PETALING JAYA 23 Sept. – Keputusan awal sama ada pemain import dibenarkan kembali beraksi dalam saingan Liga Malaysia musim depan akan diketahui selepas sesi perbincangan di kalangan ahli gabungan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) pada Rabu depan.

Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Tempatan (JPT) FAM, Datuk Hamidin Mohd. Amin berkata, hasil daripada sesi tersebut kemudian akan dibentangkan pada mesyuarat ahli eksekutif persatuan induk bola sepak negara.

"Perkara ini masih dalam perhatian pihak jawatankuasa dan akan dibawa ke dalam sesi bengkel perbincangan selama dua hari bermula Rabu depan (29 September) di Hotel Blue Wave, Shah Alam.

"Kita akan kumpulkan idea-idea tersebut sebelum diputuskan pada 4 Oktober dalam mesyuarat jawatankuasa pertandingan sebelum dibawa ke mesyuarat Eksekutif FAM,” katanya kepada pemberita selepas mesyuarat pertama Jawatankuasa Pertandingan Tempatan di sini hari ini.

Pemain-pemain import mula beraksi di Liga Malaysia bermula pada Liga Semi Pro pada 1989 sebelum FAM pada Ogos 2008 mengambil tindakan drastik dengan menamatkan khidmat ”Awang Import” bermula pada musim 2009. – Bernama

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...