Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Thursday, August 5, 2010

Chamakh mampu julang kebangkitan Arsenal (Kosmo)


CHAMAKH (tengah) dianggap bintang baru Arsenal yang mampu menyinar pada kempen Liga Perdana England musim ini.


LONDON - Bacary Sagna me- nganggap bintang baru Arsenal, Marouane Chamakh mampu membawa skuad The Gunners menjulang trofi Liga Perdana England musim ini.

Sagna berkata, pengambilan Chamakh sebagai sesuatu yang menakjubkan dan dia yakin penyerang Maghribi itu akan membantu Arsenal muncul juara liga.

Chamakh yang berpindah secara percuma dari Bordeaux pada musim panas ini, berjaya mempamerkan aksi cemerlang sepanjang beberapa perlawanan pramusim Arsenal bersama seorang lagi pemain baru, Laurent Koscielny.

"Pemain-pemain baru kami telah mempamerkan sesuatu yang menakjubkan. Saya sudah kenali kedua-dua mereka ketika di Perancis lagi dan tidak terperanjat melihat aksi cemerlang mereka.

"Mereka dilihat cukup berkeyakinan tinggi dan nampak selesa. Ia sesuatu yang baik untuk mereka dan juga pasukan ini.

"Chamakh boleh mengubah sesuatu kerana dia seorang pemain yang bagus, hebat mengawal bola dan mampu meledak gol dengan baik. Amat penting untuk memiliki pemain seperti ini," kata Sagna.

Tambah pemain pertahanan Arsenal itu, kelibat Chamakh seakan-akan Emmanuel Adebayor yang pernah mencipta kejayaan bersama kelab itu sebelum berhijrah ke Manchester City musim lalu.

"Kedua-dua mereka (Chamakh dan Adebayor) cukup cemerlang di hadapan pintu gol dan ia merupakan sesuatu yang baik untuk pasukan," jelasnya.

Arsenal telah mengharungi aksi pramusim yang cukup baik dengan menjuarai Piala Emirates serta mencatat dua kemenangan di Austria.

Arsenal akan bertemu Legia Warsaw, Sabtu ini untuk aksi pramusim terakhir sebelum saingan Liga Perdana England bermula. - Agensi

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...