Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Thursday, July 22, 2010

Cole sudah jadi milik Liverpool (KOSMO)


COLE (depan) menjadi pemain terbaru yang berhijrah ke Anfield untuk menyertai pasukan Liverpool.


LIVERPOOL - Pemain tengah England, Joe Cole secara rasmi menyertai Liverpool dengan kontrak empat tahun daripada juara Liga Perdana England musim lalu, Chelsea.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan Liverpool semalam, Cole, 28, telah mempersetujui syarat-syarat peribadi bersama skuad The Reds itu dan akan menjalani ujian perubatan dalam tempoh 48 jam.

Dengan pengesahan itu, Cole menjadi pemain kedua dibeli Liverpool musim ini selepas Milan Jovanovic memilih untuk menyertai kelab yang kini dibimbing bekas pengurus Fulham, Roy Hodgson.

Cole pernah mengecapi tiga kejuaraan Liga Perdana England dan dua kejuaraan Piala FA sepanjang tujuh musim menyarung jersi skuad The Blues.

Sebelum itu dia mula mencipta nama bersama West Ham dan kini telah menjaring- kan 10 gol sepanjang 56 penampilan bersama skuad kebangsaan England.

Cole mendakwa berlaku politik dalaman yang menyebabkan dia bertindak meninggalkan Chelsea pada Jun lalu tetapi menegaskan ia tiada kaitan dengan pengurus kelab itu, Carlo Ancelotti.

"Ia bukan soal wang atau masalah dengan Ancelotti. Saya suka cara Ancelotti dan merasakan beliau seorang pengurus yang hebat.

"Saya juga sukakan tempoh karier saya di Chelsea. Saya sayang para penyokong setia mereka tetapi ada cerita di sebaliknya. Saya rasa sekarang bukan masa yang sesuai untuk menceritakannya," kata Cole.

Pada kempen Piala Dunia 2010, Cole sekadar memanaskan bangku simpanan oleh pengurus England, Fabio Capello dan pasukan itu terkandas pada pusingan kedua.

"Musim baru nanti, saya mahu melalui satu musim yang hebat bersama England dan apa juga kelab yang saya sertai.

"Untuk kontrak baru nanti, ia lebih menjurus kepada bola sepak. Saya mahu bermain di posisi tengah dan mahu pengurus berkeyakinan penuh terhadap saya," ujar Cole ketika di Afrika Selatan. - AFP

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...