Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Sunday, May 23, 2010

Chamakh milik Arsenal (Kosmo)



CHAMAKH dijulang rakan sepasukannya selepas membantu Bordeaux dalam pertemuan menentang Sochaux baru-baru ini.


LONDON - Selepas berusaha beberapa musim, Arsenal akhirnya berjaya memikat penyerang Bordeaux, Marouane Chamakh.

Selain Arsenal, Liverpool turut dilapor mahu mendapatkan khidmat penyerang kelahiran Maghribi berusia 26 tahun itu.

Bagaimanapun, Arsenal tidak mendedahkan jumlah perpindahan yang dikemukakan kepada Chamakh.

"Dia (Chamakh) merupakan pemain yang kami mahukan dan saya tahu, dia mampu memberikan sumbangan berkesan kepada pasukan dengan kualiti yang dimiliki.

"Chamakh seorang penyerang yang mempunyai kualiti yang hebat dan corak permainannya sesuai di England. Dia bukan sahaja seorang pemain bola sepak tetapi seorang pejuang," kata pengurus Arsenal, Arsene Wenger.

Sekalipun mendapat beberapa tawaran daripada beberapa kelab lain, Chamakh berkata, dia cukup berbangga kerana dapat menyarung jersi skuad The Gunners.

Chamakh akan membentuk gandingan bersama penyerang Arsenal sedia ada iaitu Robin van Persie, Eduardo da Silva dan Nicklas Bendtner.

"Tanpa ada sebarang keraguan lagi, Arsenal sebuah kelab yang sesuai untuk saya.

"Ia seperti satu mimpi apabila saya menyertai Arsenal kerana kelab ini merupakan kelab impian saya sejak kecil lagi," kata Chamakh.

Untuk rekod, Arsenal meraih tiga kejuaraan Liga Perdana England antara tahun 1998 dan 2004 serta empat gelaran Piala FA antara 1998 dan 2005.

Bagaimanapun, The Gunners gagal merangkul sebarang trofi sejak lima tahun lalu.

"Saya akan memberi segala-galanya bagi membantu Arsenal merangkul kejuaraan musim depan," kata Chamakh yang meledak 79 gol dalam 293 perlawanan bersama Bordeaux. - Reuters

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...