Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Thursday, March 18, 2010

Skuad Piala Presiden Kelantan yakin catat kemenangan (Sinar Harian)


KOTA BHARU – Skuad Piala Presiden Kelantan yakin mencatatkan kemenangan pertama di gelanggang sendiri ke atas Sabah apabila kedua-dua pasukan turun beraksi petang esok (hari ini) di Stadium Sultan Muhammed Ke-IV, Kota Bharu.

Pengurus pasukan, Yahya Jamada Ali berkata, peluang bermain di gelanggang sendiri akan digunakan sebaiknya oleh pemain Kelantan untuk mencari kemenangan pertama.

“Kita yakin mampu menewaskan pasukan Sabah pada perlawanan ini. Berdasarkan perkembangan semasa dalam pasukan, semua pemain berada dalam keadaan baik dan berjanji untuk mencari kemenangan pertama untuk Kelantan," katanya sewaktu dihubungi :Sinar Harian: semalam.

Menurutnya, Kelantan akan menurunkan semula khidmat ketua pasukan, Mohd Hanif Mohd Nor yang digantung dua perlawanan baru-baru ini.

“Kita kehilangan khidmat Somchai Sinuai yang terpaksa berehat panjang akibat kecederaan serius. Walau bagaimanapun, ketiadaannya tidak menjejaskan perancangan pasukan kerana kita mempunyai Mohd Izwan Salahuddin dan Tuan Mohd Norhafiziee Tuan Mahmood yang mampu mengisi kekosongan tersebut," katanya.

Sementara itu pemain Liga Super Kelantan, Muhd Zamri Ramli akan turut memperkuatkan jentera serangan Kelantan selepas mendapat lampu hijau beraksi daripada Ketua Jurulatih Kelantan, B Sathianathan.

Yahya berkata, beliau mengharapkan sokongan daripada peminat bola sepak Kelantan yang hadir bagi membakar semangat kepada barisan pemain muda Kelantan ketika beraksi.

“Sokongan daripada peminat bola sepak Kelantan ditagih kerana ini merupakan perlawanan pertama kita bermain di tempat sendiri musim ini. “ katanya.

Sementara itu ahli-ahli Kelab Penyokong Bola Sepak Kelantan (KPBSK) juga dijangka akan turut memberi sokongan padu kepada pemain bagi memastikan kemenangan pertama berpihak kepada Kelantan.

Peminat Kelantan yang berhajat menyaksikan perlawanan ini boleh mendapatkan tiket yang berharga RM3 bagi tempat duduk astaka dengan mendapatkannya di kaunter tiket stadium sebelum perla:wanan bermula.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...